Kedatangan Jesus Di Akhir Zaman Dari Perspektif Kristian

1. Kristian percaya Jesus masih hidup di sebelah Tuhan Bapa dan akan turun kembali ke dunia di akhir zaman.

2. Kedatangan Jesus di akhir zaman bukan untuk di salib sekali lagi tetapi untuk:

– Mengadili semua penganut Kristian yang hidup dan yang mati.
– Menewaskan Anti-Christ di dalam peperangan Armageddon berhampiran Laut Galilee.
– Mengkristiankan saki baki Bani Israel.
– Memerintah “The Millennial Kingdom” selama seribu tahun.

3. Alaf baru yang bermula daripada tahun 2001 di percayai sebagai alaf akhir zaman.

4. Sejak di akhir abad dua puloh lagi gereja-gereja telah bersatu serta berkerjasama meningkatkan misi pengkristianan di seluruh dunia sebagai persediaan menyambut kedatangan Jesus. Amat memalukan jika majoriti keturunan Adam masih belum memeluk agama Kristian sewaktu Jesus datang kelak.

5. Di antara pra-syarat kedatangan Jesus ia lah pembinaan semula Istana Nabi Sulaiman atau Haikal Sulaiman (The Temple of Solomon) yang terletak di Baitul Maqdis di bawah penguasaan Rejim Israel.

6. Rejim Israel pula menganggap Haikal Sulaiman sebagai lambang keagungan Bani Israel dan mempunyai rancangan tersendiri untuk membina nya semula. Rancangan Rejim Israel ini di sambut baik oleh penganut Kristian seperti golongan Christian Rights, Christian Zionists dan Evengelicals di Amerika yang sekian lama menanti kedatangan Jesus. Penganut Kristian yang dulunya memusuhi Bani Israel sebagai pembunuh dan dalang yang menyebabkan Jesus di tangkap dan di salib sehingga mati menebus dosa kini menjadi kawan utama Rejim Israel.

7. Tapak Haikal Sulaiman ini di katakan merangkumi kawasan masjid Al-Aqsa ia itu masjid ketiga yang paling suci di dalam dunia Islam. Di dalam rangka pembinaan semula Haikal Sulaiman masjid ini akan di robohkan oleh Rejim Israel. Namun usaha itu terbantut kerana di tentang oleh seluroh umat Islam.

8. Akibatnya kedatangan Jesus turut tergendala dan umat Islam di lihat oleh segolongan penganut Kristian sebagai penghalang nya. Ini juga di antara sebab mengapa di kalangan masyarakat Kristian ada yang kurang senang dengan umat Islam. Sementara itu cukuplah mereka di temani oleh Ruhul Kudus yang mewakili Jesus di muka bumi.

Leave a comment