KENAPAKAH ADAM LAYAK MENJADI KHALIFAH ALLAH DI MUKA BUMI ?

1.  Agama itu perkara hati. Hati tertarik kepada kelembutan. Dan sebaik-baik kelembutan itu ia lah hati yang menterjemahkan sifat Allah s.w.t yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang di dalam kehidupan sebagaimana Allah mengampunkan Adam alaihissalam.

2.  Bukankah Adam alaihissalam layak di turunkan ke Bumi sebagai Khalifah hanya setelah Adam mengetahui bahawa Allah itu Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang sehingga sanggup mengampunkan beliau ? Kisah ini di ceritakan di dalam Al-Qur’an melalui surah Al-Baqoroh ayat 37 berserta surah Al-A’raf ayat 23 dan 24.

3.  Demikianlah Allah s.w.t menjadikan manusia bukan sahaja untuk menyembah Nya tetapi juga untuk memuliakan Nya di muka bumi sebagai Khalifah Allah yang mendaulat dan mencontohi sifat-sifat Allah yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang.

4.   Sebab itu lah perjalanan hidup Nabi Muhammad s.a.w sehingga wafatnya baginda meriwayatkan sejarah hidup seorang Rosullulloh yang sentiasa mencerminkan sifat-sifat Maha Pengaseh dan Maha Penyayang nya Allah s.w.t. Terbukti sehingga ke hari ini ramai yang tertarik dengan Islam kerana tertarik dengan akhlak pengaseh dan penyayang nya baginda. Ini lah di antara maksud ayat-ayat 128 dan 129 surah At-Taubah termasuk perintah Allah di dalam surah Al-Imran ayat 31 dan 32.

5.  Sebab itu lah juga ayat pertama di dalam surah  pertama kitab suci Al-Qur’an ia itu surah Al-Fatihah atau Pembukaan bermula dengan “Bismillah Hirrohma Nirrohim” yang bermaksud ‘Dengan asma (sifat) Allah yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang”. Dan asma Allah itu di ulangi lagi di dalam ayat yang ketiga.

6.  Ini lah hakikatnya kenapa umat Islam memulakan setiap amalan yang di ridhai oleh Allah dengan Basmallah atau dengan asma Allah yang Maha Pengaseh lagi Maha Penyayang kerana itu lah akhlak Al-Qur’an dan akhlak Nabi Muhammad s.a.w.

7.  Itu lah juga sebenar-benarnya akhlak orang-orang yang benar di dalam perhambaan mereka kepada Allah. Sesungguhnya orang-orang Islam itu ia lah orang-orang yang benar di dalam perhambaan mereka kepada Allah. Mereka lah syiar Islam yang benar-benar pengaseh dan penyayang di dalam setiap juzuk kehidupan dan ke-Islaman mereka. Mereka lah yang membuktikan Islam itu rahmat seluruh alam dengan menzahirkan Rahmat Allah mendahului kemurkaan Allah.

8.  Allah bukan Allah sekiranya Ia tidak bersifat Maha Pengaseh dan Maha Penyayang sehingga tidak ada ruang keampunan pun untuk Adam dan keturunan Adam kecuali dengan membunuh insan yang tidak berdosa di atas kesalahan Adam yang hanya memakan buah larangan. Tuhan yang sedemikian Tuhan yang zalim dan ganas.  Agama yang menyembah Tuhan yang sedemikian pula merupakan agama yang melanggar hak asasi manusia dan bukan agama rahmat seluruh alam. Wajar kah agama yang mengutamakan kemurkaan Tuhan mendahului Rahmat Tuhan di anuti sebagai agama Cinta Kaseh Tuhan?

Leave a comment