HOLY SPIRIT ITU MALAIKAT JIBRIL ALAIHISSALAM?

1.  Holy Spirit di sifatkan oleh penganut Kristian sebagai Tuhan dengan sebenar-benarnya. Ia disamakan dengan Tuhan Bapa dan Tuhan Anak di dalam kepercayaan ketiga-esaan Tuhan atau ‘Trinity’.  Bukan tiga Tuhan tetapi satu Tuhan walaupun Holy Spirit di kirim oleh Tuhan Anak ia itu Jesus Christ selepas beliau naik ke langit.

 

2.  Di bumi, Holy Spirit merupakan wakil Tuhan Anak dan Tuhan Bapa.

 

3.  Oleh kerana Holy Spirit itu Tuhan, ia juga kekal abadi serta wujud dengan sendirinya sejak azali walaupun dipercayai keluar daripada Tuhan Bapa dan Tuhan Anak.

 

4.  Holy Spirit juga bersifat ruh walaupun ia pernah menghinggap seperti se-ekor burung merpati di bahu Jesus Christ sewaktu  beliau dibaptiskan di sungai Jordan. Justeru itu burung merpati sering di jadikan sebagai lambang untuk Holy Spirit.

 

5.  Tugasan utama Holy Spirit ialah menghamilkan perawan Mariam, mengilhamkan manusia supaya menerima Jesus Christ sebagai penyelamat, mendidik dan memperkasa serta mengkuduskan kerohanian penganut Kristian. Semua penganut Kristian dipenuhi dengan Holy Spirit yang bersemadi di dalam diri mereka. Hanya John The Baptist seorang sahaja yang turut dipenuhi dengan Holy Spirit walaupun dia bukan seorang Kristian.

 

6.  Holy Spirit bukan malaikat orang-orang Kristian. Ia mempunyai akal, nafsu, emosi, berkehendak dan bebas membuat pilihan sendiri. Malah menurut Kitab Perjanjian Baru, Holy Spirit telah dihantar oleh Malaikat Gabriel untuk menghamilkan perawan Mariam.

 

7.  Sebaliknya pula Jibril A.S merupakan makhluk Allah yang diciptakan daripada nur sebagai malaikat yang bersayap serta taat sepenuhnya kepada Allah. Malaikat Jibril A.S tidak mempunyai nafsu mahupun kebebasan memilih dan tidak hidup kekal abadi. Di antara tugasan malaikat Jibril A.S termasuklah menyampaikan wahyu, meneguhkan hati dan memberi petunjuk kepada orang-orang yang beriman.

 

8.  Dari aspek tugasan, mungkin beberapa skop kerja Holy Spirit dan malaikat Jibril A.S dilihat seperti ada persamaan. Namun zat, sifat dan latar belakang di antara mereka ternyata amat berlainan dan jauh berbeza. Pendek kata, Holy Spirit dan malaikat Jibril A.S bukan makhluk yang sama.

One response to “HOLY SPIRIT ITU MALAIKAT JIBRIL ALAIHISSALAM?”

  1. sa son of maryam Avatar
    sa son of maryam

    Holy spirit menghamilkan Maryam secara kehamilan yg metaphora atau benar benar menghamilkan secara literal? Apa pandangan kristianiti sendiri tentang ini, adakah Tuhan boleh buat perkara sedemikian?

Leave a reply to sa son of maryam Cancel reply